Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau mendapat khabar tentang kejadian itu semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka kerja di Asia Tengah. Foto Facebook Datuk Seri Mohamad Hasan

Malaysia ikuti rapat perkembangan nahas helikopter Presiden Iran

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Mei: Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes nahas helikopter yang dinaiki Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan delegasinya yang dilaporkan terhempas pada petang Ahad.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau mendapat khabar tentang kejadian itu semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka kerja di Asia Tengah.

Helikopter bawa Presiden Iran dilaporkan terhempas

Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian turut dilaporkan berada dalam helikopter tersebut.

“Bagaimanapun setakat ini difahamkan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan biarpun berdepan cuaca buruk.

“Doa saya agar semua yang terlibat segera dijumpai dan berada dalam keadaan baik. Semoga khabar menyenangkan menjengah tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan segera melalui laman media sosial rasmi Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia).

Helikopter bawa Presiden Iran dilaporkan terhempas

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan.

Selain Raisi dan Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu lain juga dilaporkan berada di dalam helikopter itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan