Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena HAWANA 2024, Persidangan Media Sarawak 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ akan diadakan.

HAWANA 2024: Pengiktirafan dan penghargaan tertinggi buat pengamal media

ByAmirah Shawel

KUCHING, 20 Mei: Menghitung hari menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, persiapan bagi perhimpunan terbesar bagi para pengamal media Malaysia itu semakin rancak.

Sambutan yang meraikan wartawan-wartawan tempatan itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak di bandar raya ini  pada 25 hingga 27 Mei ini.

Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, HAWANA 2024 dijadual akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, satu Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ akan diadakan melibatkan penceramah dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata penganjuran HAWANA secara tidak langsung memberi peluang kepada pengamal media di luar Sarawak mendalami serta mempelajari pembangunan semasa negeri.

Menurutnya, beberapa pengamal media dari Sarawak juga bakal dinobat sebagai penerima Anugerah Khas Premier Sarawak dengan senarai penerima akan diumum pada acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan