Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adzim Rahman menegaskan Sarawak mempunyai hak menggunakan Bahasa Inggeris selaras dengan peruntukan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Isu Bahasa Inggeris dalam khutbah Jumaat, kenyataan Rais hina dasar awam Kerajaan Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Mei: Kenyataan mantan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim yang mendakwa Sarawak ‘hilang jantan’ apabila mahu menggunakan Bahasa Inggeris ketika menyampaikan khutbah Jumaat disifatkan sebagai menghina dasar awam Kerajaan Sarawak.

Ahli Parlimen Belia Malaysia Sarawak Adzim Rahman berkata, kenyataan Rais itu seolah-olah tidak menghormati dan mengabaikan 18/20-point agreement yang menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jelas Adzim, Point 2 menjamin penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Rasmi Sarawak.

“Lantas, tidak melanggar apa-apa undang-undang untuk dasar Kerajaan Sarawak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perkara rasmi, komunikasi mahupun dakwah.

“Untuk makluman Tan Sri, dasar tersebut bukan sesesuatu yang baharu malah tidak merangkumi kesemua masjid di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media.

Rais ketika berucap pada Forum Peranan Bahasa dan Budaya Dalam Mengangkat Jati Diri Orang Melayu di Kuala Lumpur semalam menyifatkan cadangan itu sebagai melampaui batas selepas menurutnya Kerajaan Sarawak mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Tegas Adzim, hanya dua lokasi di Sarawak sahaja yang mengguna Bahasa Inggeris dalam menyampaikan khutbah iaitu Masjid Al-Ittihad, Kuching dan Islamic Information Centre (IIC), Kuching.

Ini kerana menurutnya berlaku pertambahan sejumlah warga Islam yang majmuk dari golongan profesional dan warga asing.

“Daripada 1,574 institusi masjid dan surau di Sarawak, hanya dua lokasi sahaja yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam penyampaian khutbah jumaat dan selebihnya 99.87 peratus institusi menggunakan Bahasa Melayu dalam penyampaian khutbah jumaat.

“Saya ingin sarankan kepada Tan Sri Rais Yatim agar jangan pandang rendah Sarawak kerana walaupun kami mengangkat penggunaan Bahasa Inggeris, martabat belang di jiwa kami tidak pernah hilang,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan