Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, pada Jumaat.

Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara

ByBernama

KUALA LUMPUR 18 Mei: Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan