Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi ketika memeriahkan Malam Kebudayaan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau. Foto TVS

PML diseru giat promosikan produk pelancongan, rancakkan ekonomi Limbang

LIMBANG, 18 Mei: Persatuan Melayu Limbang (PML) termasuk golongan pakar lain diseru mempromosikan produk pelancongan dari Bahagian ini yang berpotensi menjana ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata terdapat pelbagai produk pelancongan yang menarik dari perkampungan Melayu di Limbang seperti lumpur bebuak di Meritam.

“Kenal pasti bagaimanaa kita memanfaatkan alam semula jadi di kawasan kita untuk menjadi peluang ekonomi menjana pendapatan orang-orang Melayu,” kata pada Malam Kebudayaan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau pada Jumaat.

Hasbi berkata, kerajaan melalui kementerian berkaitan sentiasa membantu menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan memajukan produk pelancongan terbabit.

Sektor pelancongan katanya, antara sektor yang sentiasa diberi fokus kerajaan kerana ia mampu merancakkan ekonomi Sarawak serta menjana pendapatan kepada rakyat.

Oleh demikian beliau mahu PML untuk mengenal pasti produk pelancongan popular lain di kawasan perkampungan Melayu untuk dimajukan dan dibangunkan sebagai daya penarik pelancong ke kampung tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan