Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pansar Bhd memperoleh kontrak RM30.1 juta bagi mengurus dan penyelenggaran kemudahan bagi Muzium Budaya Borneo (BCM) Kuching dan Kompleks Muzium Sarawak di bandar itu. Foto TVS

Pansar peroleh kontrak RM30 juta urus, selenggara BCM dan Kompleks Muzium Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 18 Mei: Pansar Bhd memperoleh kontrak RM30.1 juta bagi mengurus dan penyelenggaran kemudahan di Muzium Budaya Borneo (BCM) Kuching dan Kompleks Muzium Sarawak di Bandaraya ini.

Memetik laporan sebuah portal nasional (Dagang News), syarikat penyedia rumusan kejuruteraan yang juga berpangkalan di Sarawak itu berkata, kontrak yang dianugerahkan Jabatan Kerja Raya Sarawak melibatkan pekhidmatan awam, struktur dan seni bina, serta perkhidmatan mekanikal, landskap dan pengemasan.

“Pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan adalah kawasan tumpuan strategik baharu untuk Pansar,” katanya menerusi makluman Bursa Malaysia.

Pansar berkata projek itu akan berjalan selama 39 bulan bermula 27 Mei dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.

Sejak awal tahun ini, Pansar telah mengumumkan tiga anugerah projek kontraktor dengan nilai keseluruhan RM429.20 juta yang kesemuanya terletak di Sarawak.

Bulan lalu, Pansar memperoleh kontrak RM269.1 juta untuk menaik taraf kapasiti loji rawatan air di Sibu daripada Lembaga Air Sibu melalui tender terbuka.

Pada Februari, kumpulan itu memperoleh kontrak RM129.98 juta untuk membina pusat penyakit berjangkit di Muara Tuang Land di Sungai Jernang, Samarahan daripada Borneo Development Corp (Sarawak) Sdn Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan