Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Teruja tawaran diskaun bil utiliti, lelaki rugi RM39,700

ByKhairil Zharif Affindie

SIBU: Gara-gara ingin menikmati diskaun 8 peratus untuk bil utiliti, seorang lelaki menerima padah apabila kerugian RM39,700 selepas memuat naik aplikasi ‘Direct Pay’.

Ketua Polis Daerah Sibu Stanley Jonathan Ringgit berkata, pada 16 Julau lalu, pengadu berusia 49 tahun telah ternampak satu iklan yang menawarkan potongan lapan peratus untuk membayar bil utiliti melalui aplikasi tersebut.

“Teruja dengan tawaran itu, pengadu telah menghantar mesej kepada pengiklan aplikasi itu dan memberikan nombor telefonnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada malam kejadian, mangsa telah menerima pesanan WhatsApp yang menyuruhnya memuat naik aplikasi ‘Direct Pay’ bagi menikmati faedah diskaun bil utiliti.

Stanley berkata, mangsa diminta mengisi butir-butir peribadinya dan butiran akaun bank dalam aplikasi tersebut.

“Kira-kira jam 3 petang keesokannya, pihak bank telah menelefon dan memaklumkan bahawa terdapat pengeluaran luar biasa sebanyak 12 kali sejumlah RM39,700 daripada akaun pengadu,” katanya.

Terkejut dengan makluman itu, pengadu mulai sedar bahawa aplikasi yang dimuatnaiknya adalah satu penipuan.

Mangsa terus ke balai untuk membuat laporan untuk tindakan dan siasatan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan