KUCHING, 14 Mei: Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka yang kini dalam fasa akhir bagi menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri Sarawak.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata pihaknya menerusi Jabatan Pertanian Sarawak bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.
âSehingga kini, penggubalan ordinan baharu itu sedang di peringkat akhir, dan Kementerian saya akan mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan untuk menyelaraskannya dengan akta dan ordinan sedia ada yang lain.
âPada masa yang sama, Kementerian saya sedang menyediakan Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak,â katanya.
Beliau berkata demikina ketika berucap pada sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Selasa.
Menurut Rundi, pertindihan peranan dan fungsi antara agensi yang berbeza tetapi mempunyai kepentingan yang sama disebabkan bidang kuasa sumber telah mewujudkan kawasan âkelabuâ dalam perundangan.
Tegasnya, ia perlu dijelaskan untuk mengelakkan kekeliruan dan kelewatan dalam menguatkuasakan peraturan. -TVS