Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paip utama yanv terletak di kawasan paya gambut di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce/Jalan Salim (Farley) didapati bocor. Foto LAS

Gangguan air selama 15 jam di Sibu bermula jam 10 malam ini

SIBU, 14 Mei: Sebahagian besar bandar ini akan mengalami gangguan bekalan air selama 15 jam bermula jam 10 malam ini.

Kenyataan Lembaga Air Sibu (LAS) mendedahkan gangguan akan berlaku disebabkan kerja-kerja menyelenggara dan membaiki pulih paip utama yang bocor di kawasan paya gambut di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce /Jalan Salim (Farley) di sini.

Kawasan-kawasan yang terjejas ialah Kong Yit Khim sehingga Jln. Nibong Tada (termasuk Jln. Bukit Penyau, Jln. Senangin, SWB Stabau Booster dan JBALB Nibong Tada Booster), Jln. Durin Kiba, Jln. Bazar Durin, Jln. KJD, Jln. Upper Durin, Jln. Lower Durin, Jln. Naman, Jln. Sg. Pak, Jalan Lanang Barat sehingga Sg.Sadit (Sg. Assan) Jln. Ta Ann, Selalo, Kpg Banyok,Genting, Tg. Kunyit, Sg. Maaw Selatan,Chew Kung),Jln. Salim sehingga Jln. Wong King Huo (termasuk Lrg. Salim 28, Jln. Kiew Nang, Jln. Helang, Jln. Siol, Lrg. Salim 19, Lrg. Salim 18, Jln. Tun Ahmad Zaidi Adruce L/20, L/28 dan L/32, Flat Farley, Pasaraya Farley, Pasaraya Sing Kwong Salim, Jln. Pedada sehingga Jln. Dr. Wong Soon Kai (termasuk Pusat Perubatan Rejang dan Delta Mall), Jln. Pelangi, Jln. Oya L/25-L/31, Jln. Maling, Jln. Kiong Tung, Jln. Diong Kik (termasuk KFC dan Hotel Li Hua), Jaya Li Hua (kedai di Jln. Pahlawan dan terminal bas), Jln. Old Oya, Jln. RTM, Taman Swan City, Jln. Unggas, Jln. Sena, Jln. Kandis, Jln. Payung dan Jln. Seladah)

Selain itu, Jln. Ling Kai Cheng sehingga bulatan Ling Kai Cheng/Ulu Sg. Merah (termasuk Jln. Nang Sang, Jln. Apollo, Jln. Kulas, Jln. Lilin, Jln. Kuang dan Lrg. Ulu Sg. Merah 8 hingga Lrg.31), Jln. Lada sehingga bandar Sibu  (termasuk Jln. Sukun, Jln. Then Kung Suk, Jln. Lanang Barat, Jln. Upper Lanang, Jln. Mantis, Jln. Lanang, Jln. Tekam, Jln. Selangan, Jln. Bunga Mawar, Jln. Kpg Nyabor. Brooke Drive sehingga Jln. Teng Chin Hua (termasuk Hospital KPJ, SWB Deshon Booster, Jln. Lapangan Terbang Lama, Jln. Tiong Hin dan Teku Booster), Jln. Kuari, Jln Teku sehingga Pasai Siong (termasuk Jln. Indah, Jln. Miden, Jln. Tebu, Jln. Rantau Panjang Jaya, Jln. Rantau Panjang dan Pasai Siong Booster), Jln. Wawasan sehingga Bawang Assan (termasuk Jln. Serai, Jln. Setia, Jalan Sg. Maaw dan Sungai Bidut), Jln. Teku Lama hingga Jln. Ding Lik Kong (termasuk Sg. Merah dan Jln. Igan) dan kawasan yang berdekatan lain.

Susulan itu, pihak LAS menasihati pengguna agar menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk keperluan mereka sepanjang tempoh gangguan.

“Pihak kami akan berusaha untuk menyiapkan kerja secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan terjejas,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai diminta menghubungi pejabat LAS di talian 084-211001-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan