Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup rokon pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM 95,000 ke negara jiran Indonesia, malam tadi. Foto ATM

Tentera Darat gagalkan cubaan seludup 1,500 karton rokok ke Indonesia

TEBEDU, 14 Mei: Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup 1,500 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM95,000 ke negara jiran Indonesia, malam tadi.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri telah melaksanakan rondaan di
Pos GABMA Tebedu di tapak gudang lama pada jam 10.30 malam yang merupakan laluan tikus kira-kira 900 meter dari sempadan negara.

“Semasa melakukan rondaan, anggota ronda telah melihat sebuah Van Toyota sedang membawa muatan yang mecurigakan dengan plastik hitam di laluan haram dari Malaysia menuju ke Indonesia.Pasukan keselamatan telah bertindak menahan van tersebut bagi pemeriksaan dokumen dan barangan yang dibawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, van tersebut dipandu oleh warganegara Malaysia dengan membawa bungkusan berisi rokok untuk diseludup ke Indonesia berjumlah 30 kotak besar (1 kotak/50 karton) atau 1,500 karton rokok pelbagai jenama.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu dan kesemua barangan yang dirampas telah diserahkan pada jam 12.52 tengah malam tadi,” katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota TDM yang berjaya menahan dan menyekat
penyeludupan barang-barang ke negara Indonesia.

Operasi akan diteruskan dari masa ke semasa dalam tempoh 24 jam dalam membanteras penyeludupan barangan dan pencerobohan ke negara jiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan