Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat dengan pemain industri di Qatar. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto Bernama

Lawatan PM Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta – Tengku Zafrul

ByBernama

DOHA, 14 Mei: Lawatan singkat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar telah berjaya menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM700 juta, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri awal hari ini.

“Alhamdulillah, kita terima komitmen (eksport) berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita.

“Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat, yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang kita boleh teroka,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas majlis jamuan makan malam Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia, di sini, Isnin.

Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri dihadiri kira-kira 500 rakyat Malaysia.

Terdahulu hari ini, seramai 45 pemimpin terkemuka industri Qatar daripada 36 syarikat menghadiri mesyuarat meja bulat itu, mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit/pengedaran dan ekonomi digital.

Semasa dialog meja bulat itu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau juga berkata, daya tarikan menarik Malaysia dengan sistem infrastruktur yang kukuh, kedaulatan undang-undang, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin dan ekosistem perniagaan yang rancak menjadikan ia destinasi menarik bagi pelabur yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan atau perkhidmatan strategik mereka bagi pasaran Asia, untuk meraih peluang pertumbuhan baharu dan kepelbagaian.

Mesyuarat meja bulat itu juga dihadiri Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Semasa mesyuarat itu, pelabur dan pengimport sedia ada juga menyatakan penghargaan mereka atas usaha Malaysia dalam mewujudkan persekitaran yang memudahkan pelaburan dan pertumbuhan perniagaan.

Perbincangan itu menggariskan komitmen bersama Malaysia dan Qatar untuk meneroka ruang baharu kerjasama, dengan memanfaatkan sinergi antara kedua-dua ekonomi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan