Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Dr Abu Tariq (tiga kiri) pada sesi kunjungan hormat LHDN di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto UKAS

LHDN sasar kutip hasil RM 7.6 bilion di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Mei: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan RM7.6 bilion kutipan cukai individu di Sarawak pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq berkata pada tahun lepas kutipan cukai individu di negeri ini ialah RM6.8 bilion.

“Dari segi individu untuk pendapatan itu memang ada peningkatan begitu juga dengan unjuran jadi seperti biasa sasaran yang ditetapkan adalah RM 7.6 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abu Tariq berkata lagi, kutipan akan terus meningkat setiap tahun sejajar dengan perkembangan ekonomi di Sarawak

“Apabila aktiviti ekonomi berkembang, kita juga sasarkan kutipan itu akan berkembang juga,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau menambah aktiviti pemantauan akan sentiasa dilaksanakan bagi meningkatkan pematuhan kepada pembayar cukai menerusi kerjasama yang konsisten dengan agensi negeri dengan mendapatkan maklumat.

Mengulas mengenai peratusan pembayar cukai, beliau berkata ia berada pada tahap memuaskan berdasarkan pelaporan yang dilakukan setiap tahun dan borang nyata yang dikemukakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan