Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika mengadakan sidang media hari ini. Foto Elani Rosllan (TVS)

DUN Sarawak: Pelaksanaan pendidikan percuma pengajian tinggi perlu lebih teliti – Roland

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Mei: Pelaksanaan pendidikan percuma pengajian tinggi untuk anak Sarawak di institusi pendidikan milik kerajaan Sarawak perlu dilakukan lebih teliti dan tidak dapat dilaksanakan sebelum 2026.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ini kerana ia melibatkan banyak perkara seperti kos pelaksanaan, kursus pengajian dan sebagainya.

“Kita juga perlu membuat unjuran tentang kedudukan kewangan kita pada tahun-tahun tertentu. Kita perlu melihat rizab kita dan semua itu. Kita perlu melihat berapa banyak sebenarnya kos pendidikan tinggi dan apabila anda bercakap tentang pendidikan tinggi, anda perlu melihat beberapa perkara seperti ahli akademik, tenaga kerja, infrastruktur dan kemudahan yang perlu ada di institusi kita dan sudah tentu juga para pelajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, kementeriannya juga mempunyai tempoh masa (timeframe) untuk memuktamadkan perkara itu secepat mungkin.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak bersedia menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) miliknya bermula 2026. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan