Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas  selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air, petang tadi. Foto JBPM

Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai

ByBernama

NILAI, 12 Mei: Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas  selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 5.09 petang sebelum sembilan anggota BBP Nilai dan tiga anggota bomba sukarela terbabit dalam operasi menyelamat mangsa.

Katanya mangsa terdiri daripada tiga remaja berusia 14, dua lagi mangsa berusia 16 dan 17 tahun dan seorang kanak-kanak 10 tahun terperangkap di atas batu sungai akibat kepala air susulan hujan lebat.

“Menurut mangsa, mereka sedang mencari telefon yang jatuh…pihak kami menggunakan teknik penyelamatan ‘high line’ bagi membawa keluar mangsa ke tempat selamat menggunakan jaket keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa diselamatkan pada jam 6.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan