Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini. Foto fail, AFP.

Azizulhasni raih gangsa kedua dalam tempoh 24 jam di Jepun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menaiki podium buat kali kedua dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki pada saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka hari ini.

Azizulhasni yang turut merangkul gangsa dalam acara pecut semalam, terpaksa akur dengan kehebatan dua pelumba tuan rumah yang menyaksikan Kaiya Ota meraih emas dan perak menjadi milik Kento Yamasaki, demikian menurut https://www.uci.org/competition-details/2024/PIS/72366.

Pocket Rocketman masih berbisa, peroleh emas di Piala UCI Adelaide

Pada perlumbaan hari ini, strategi juara dunia 2017 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin itu melakukan pecutan awal dapat dihidu Ota dan Yamasaki yang berjaya memintas untuk mengesahkan kejayaan satu-dua Jepun.

Ia merupakan emas kedua Ota selepas pelumba sensasi Jepun berusia 24 tahun itu turut mengatasi Azizulhasni dengan mengungguli saingan pecut lelaki.

Pada masa sama, seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang gagal melayakkan diri ke final, menamatkan saingan tempat ketujuh hingga 12 di kedudukan kelapan.

Sementara itu, bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih tempat ketujuh dalam acara keirin wanita apabila mendominasi perlumbaan tempat ketujuh hingga 12 selepas gagal menempatkan diri dalam saingan final.

Kedudukan tiga teratas menjadi milik pelumba Jepun dengan Mina Sato meraih emas, Fuko Umekawa (perak) dan Riyi Ohta membawa pulang gangsa.

Perlumbaan di Jepun itu sebagai antara persediaan Azizulhasni, Shah Firdaus dan Nurul Izzah yang merupakan tiga pelumba berbasikal trek negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum menghadapi cabaran di temasya sukan berprestij itu bermula Julai depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan