Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kadar kompaun kembali RM1,000 selepas Ordinan Darurat tamat – TPM

KUALA LUMPUR: Nilai kompaun maksimum yang dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan kembali kepada RM1,000 sebaik saja Ordinan Darurat tamat pada 1 Ogos ini, umum Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, berbeza dengan sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang akan dikenakan ke atas pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ialah sebanyak RM50,000.

Tindakan kerajaan meningkatkan kadar kompaun sehingga RM50,000 sepanjang Ordinan Darurat itu adalah bagi memastikan semua pihak mengikut SOP yang ditetapkan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas melancarkan Program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan di sini, pada Isnin.

Tegas beliau, tindakan menaikkan kadar kompaun itu adalah untuk memberi impak terutama kepada pihak yang masih berdegil.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut mengumumkan pelancaran bakul makanan atas inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu rakyat.

Beliau berkata, rakyat yang memerlukan boleh mengambil bakul makanan Mindef Prihatin di cawangan PERNAMA seluruh negara.

Sumber : AWANI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan