Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Urusan Noms Group, Avertino Phua dan adiknya Pengarah Noms Group, Ardeles Phua ketika ditemui TVS selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. Fot TVS

Bimbingan PERNAS beri sinar baharu dalam perniagaan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Mei: ‘Dahulu kami terkapai-kapai mencari haluan dalam perniagaan namun kini mampu menjalankan perniagaan dengan lebih mudah, kata Pengarah Urusan Noms Group, Avertino Phua.

Katanya, penyertaannya bersama Perbadanan Nasional Bhd (PERNAS) tahun lalu merupakan sinar kepada perniagaannya.

Bimbingan PERNAS beri sinar baharu dalam perniagaan.

“Sebelum menyertai PERNAS, kami berada dalam konflik bagaimana untuk menjadikan ia sebagai sebuah francais namun setelah berada dalam PERNAS, ia diuruskan dengan begitu cepat. Kami mula mewujudkan Prosedur Operasi Standard (SOP), perjanjian francais dan dokumen pendedahan.

“Mereka sangat baik dan sentiasa membantu kami. Kami di Noms Group berasa bangga berada di bawah bimbingan PERNAS,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Perasmian Program BizFrancais Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Ujarnya, pihaknya sentiasa teruja dalam penglibatan mereka terhadap program yang dianjurkan PERNAS.

Mengulas mengenai perkembangan, beliau berkata, Peanut Anchovies yang berada di bawah naungan Noms Group bakal melebarkan lagi cawangannya di Tebingan Sungai Kuching, Miri, Sibu, Kota Kinabalu Sabah dan Kuala Lumpur.

“Kami juga merancang untuk menembusi pasaran Asia seperti Australia, Singapura dan Timur Tengah. Selain sijil halal, perancangan kami termasuk keluasan dapur yang besar dan pelbagaikan lagi,” katanya lagi.

Dalam masa sama, pihaknya mengalu-alukan pihak yang ingin menjalankan industri francais dalam perniagaannya.

Selain Peanut Anchovies, Noms dan Tarts juga merupakan perniagaan yang berasaskan makanan dan minuman di bawah naungan Noms Group. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan