KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada 8.55 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 67 kilometer (km) Selatan dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 143 km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.