Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarkson Evans Tom Frankie (dua dari kiri) ketika ditemui TVS di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, semalam. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo raih emas Tinju Terbuka Sarawak 2024

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Mei: Tiga bekas pelajar Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo berjaya menjulang nama Bumi Kenyalang dalam sukan tinju apabila meraih pingat pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024.

Beraksi bagi kategori umur Sukan Malaysia (SUKMA), Clarkson Evans Tom Frankie paling cemerlang apabila membutirkan emas bagi kategori ‘minimumweight’ 46 hingga 48 kilogram (kg).

Kilat Boy bertarung 10 pusingan dengan petinju Thailand malam ini

Petinju berusia 19 tahun dari Kota Samarahan itu mudah mengatasi lawannya, Kennady Bilong Naga dengan kiraan mata 5-0 selain turut dipilih merangkul Anugerah Petinju Berpotensi Kejohanan.

Dia yang dibebaskan pada September lepas berkata, prestasi cemerlang pada kejohanan ini akan menjadi pembakar semangatnya untuk beraksi pada SUKMA, Ogos depan.

Kilat Boy bertarung 10 pusingan dengan petinju Thailand malam ini

“Saya berasa amat gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa dan Sarawak pada hari ini (Jumaat).

“Dulu saya suka bergaduh di luar, tapi kini saya gunakan platform yang betul untuk tunjukkan kebolehan saya.

“Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi pada SUKMA,” katanya kepada TVS di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi bekas penuntut sekolah itu, Frederic Xian Bartholomew Albern merangkul pingat perak bagi kategori ‘feather’ 57 kg.

Frederic Xian yang memberi saingan hebat terpaksa akur apabila tewas kepada petinju Sabah, Joel Evekly Jain.

Isac Manassee turut cemerlang merangkul pingat gangsa dalam kategori yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan