Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai anggota penuh PBB. Foto Hiasan Envato

Malaysia sambut baik resolusi, akan terus sokong Palestin jadi anggota penuh PBB

ByBernama

PUTRAJAYA, 11 Mei: Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai anggota penuh PBB, setelah permohonan itu digagalkan oleh satu undi veto pada bulan lepas.

Resolusi yang diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpunan Agong PBB pada 10 Mei tahun ini telah disokong oleh 143 negara, sembilan menentang dan 25 berkecuali.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata sokongan melebihi dua pertiga negara anggota PBB dalam menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri dan hak untuk negara Palestin yang berdaulat, mencerminkan komitmen masyarakat antarabangsa yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah.

“Resolusi ini juga memberikan hak dan keistimewaan kepada Palestin untuk menyertai secara penuh sesi-sesidi PBB,” katanya.

Ia berkata Malaysia telah menyokong dan menaja bersama resolusi ini, bersama-sama dengan 76 negara anggota PBB yang lain.

Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sepadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB, katanya.

Terdahulu Agensi Anadolu melaporkan resolusi itu yang diterajui Emiriah Arab Bersatu (UAE) (bagi pihak Kumpulan Arab) pada Jumaat diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali, lapor Agensi Anadolu.

Ditaja bersama Turkiye dan hampir 80 negara anggota, resolusi itu menzahirkan “ kekesalan dan kebimbangan” terhadap veto dari Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada 18 April lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan