Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Negara kehilangan pemimpin yang mampu mengangkat martabat Dewan Negara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Yang di-Pertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal disifatkan sebagai seorang pemimpin yang memiliki prinsip dan nilai kukuh serta serius dalam usaha reformasi Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan demikian berkata pemergian mendiang memberi kesan terhadap negara kerana kehilangan pemimpin yang mampu mengangkat martabat Dewan Negara.

DUN Sarawak: Bertafakur untuk mendiang Datuk Mutang Tagal

“Kami mula membicarakan soal reformasi Parlimen dengan agak serius bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Saya anggap mendiang sorang yang berprinsip dan jaga nilai yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Mutang Tagal di Nirvana Centre di sini, hari ini.

Anwar berkata beliau dan Mutang merupakan sahabat lama dan telah menempuhi arena politik bersama sejak 1982.

DUN Sarawak: Bertafakur untuk mendiang Datuk Mutang Tagal

Mutang menceburi politik apabila menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Bukit Mas pada 1982 dan terus kekal menjadi wakil rakyat kawasan itu sehingga 1990, manakala Anwar ketika itu merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mutang bagaimanapun tidak aktif dalam arena politik selepas kawasannya disempadankan semula kepada kerusi Limbang dan Lawas.

Mutang kemudian dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 pada 19 Februari 2024 bagi menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan pada 26 Januari 2024.

Mutang, menghembuskan nafas terakhir pada 10 Mei di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Beliau menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara selama tiga bulan bagi penggal Parlimen Malaysia ke-15. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan