Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki warganegara Indonesia maut selepas dihempap konkrit ketika melakukan kerja pembinaan parit di Taman Samarindah Kota Samarahan pada Khamis. Foto Bomba

Kes dua buruh Indonesia dihempap konkrit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut

KOTA SAMARAHAN, 11 Mei: Pihak polis mengklasifikasikan kematian dua pekerja buruh binaan Indonesia dihempap konkrit di tapak projek perparitan di Taman Samarindah di sini, pada Khamis, sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah didapati dalam kejadian itu.

Menurutnya, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan menerima maklumat berhubung kes itu jam 11.25 pagi.

“Siasatan awal tempat kejadian merupakan lokasi projek pembinaan parit di Lorong Samarindah.

“Kejadian berlaku semasa mereka membuka kayu penghadang konkrit dan menyebabkan konkrit runtuh dan menghempap kedua-dua pekerja tersebut,” katanya kepada TVS.

Katanya, dengan bantuan bomba telah berjaya mengeluarkan kedua-dua pekerja dari timbunan konkrit.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi telah mengesahkan kedua-dua pekerja tersebut meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, dua orang mangsa lelaki pekerja buruh binaan warganegara Indonesia berusia 29 tahun dan 42 tahun terperankap dalam runtuhan konkrit tersebut.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan