Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir ketika mengimbau kembali kenangannya bersama mendiang Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal. Foto TVS

Datuk Mutang Tagal sahabat sejati tiada ganti – Jeniri Amir

ByAdlina Rahman

KUCHING, 10 Mei: Datuk Mutang Tagal bukan sahaja tokoh politik yang disegani, malah mendiang adalah seorang sahabat sejati yang sukar diganti.

Demikianlah ungkapan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir ketika mengimbau kembali kenangannya bersama mendiang Yang Di-Pertua Dewan Negara itu semasa hayatnya selain merupakan sahabat karib yang dikenalinya sejak tahun 2017.

Menurut Jeniri, meskipun persahabatan beliau bersama mendiang begitu singkat, namun ingatan bersama sentiasa segar dalam kenangan.

“Beliau seorang yang jujur dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain. Beliau juga sentiasa menghormati agama dan sering memberi motivasi (kepada orang lain),”

Beliau berkata demikian dalam siaran khas TVS, Belasungkawa: Mengenang Datuk Mutang Tagal, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jeniri berkata perwatakan baik mendiang tersebut harus dicontohi oleh masyarakat.

“Sebagai seorang sahabat, salah satu sifat yang ada pada beliau ialah beliau tidak bersikap rasis. Itu (sifat) yang betul-betul saya kagum. Beliau mempunyai begitu ramai kawan tidak kira bangsa, agama, peringkat usia, ataupun kelas sosial. Beliau disenangi dan mesra dengan semua orang.

Nilai-nilai ini yang perlu kita ambil sebagai teladan. Bagaimana seorang tokoh, seorang anak kampung berasal Lun Bawang yang tampil untuk cuba untuk mengubah nasib dan membantu masyarakatnya dan orang ramai,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Mutang Tagal, 70, disahkan meninggal dunia pada jam 11.46 pagi tadi di IJN Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung.

Mendiang merupakan Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai yang Di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak pada tahun 1982 hingga 1990. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan