Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal

Mutang ibarat seorang bapa, sering nasihat pemimpin muda – Willie

ByAdlina Rahman

KUCHING, 10 Mei: Ibarat seorang bapa, mendiang Datuk Mutang Tagal sering menyampaikan nasihat kepada pemimpin muda terutama berkaitan pembangunan Sarawak serta dunia politik, kata Datuk Willie Mongin.

Ahli Parlimen Puncak Borneo menzahirkan perasaan hibanya serta sayu atas pemergian mendiang Yang Di-Pertua Dewan Negara itu dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Beliau ibarat seorang ayah yang selalu memberi nasihat kepada saya dan kami sering bertukar fikiran mengenai politik tanah air dan pembangunan negara, khasnya Sarawak,” katanya sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Terdahulu, Mutang Tagal, 70, disahkan meninggal dunia pada jam 11.46 pagi tadi di IJN Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung.

Mutang berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

Mendiang telah dicalonkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan calon tunggal untuk jawatan itu dan menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara selama tiga bulan bagi penggal Parlimen Malaysia ke-15.

Sebelum itu, mendiang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak pada tahun 1982 hingga 1990. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan