Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

DUN Sarawak: Sarawak perlu perjuangkan autonomi pendidikan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Mei: Sarawak perlu memperjuangkan autonomi pendidikan agar mampu mengendalikan anak-anak muda di negeri ini bagi memastikan rakyat Sarawak mampu menjadi komuniti berpendidikan menjelang tahun 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata sukatan pelajaran pada masa ini bersifat komprehensif, namun ekosistem pendidikan secara keseluruhannya memerlukan sekurang-kurangnya sedikit pengubahsuaian.

“Mengambil contoh, pembelajaran yang anak-anak muda kita ketinggalan semasa pandemik. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membolehkan generasi ini mendapatkan semula pendidikan yang sewajarnya.

“Sarawak perlu menambah baik peraturan-peraturan berkaitan atau jika perlu, meminda Akta Pendidikan. Ini akan memastikan dasar pendidikan yang mempengaruhi Sarawak terutamanya, tidak akan mengikut kehendak Menteri Pendidikan masa depan,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau pada masa sama memuji Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kerana akur dengan tuntutan Sarawak, selain memudahkan perjuangan memperoleh autonomi pendidikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan