Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika ditemui pemberita. Foto TVS

Tahap kawalan keselamatan tertinggi sepanjang SUKMA XXI – Mancha

KUCHING, 10 Mei: Polis Sarawak tidak merancang untuk menambah anggota sokongan untuk mengawal keselamatan pada penganjuran Temasya Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) di negeri ini Ogos depan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata memberi jaminan bahawa aspek keselamatan di semua lokasi acara berada pada tahap yang tertinggi.

Menurutnya, jumlah anggota dalam penugasan negeri ketika ini adalah mencukupi bagi tujuan tersebut sepanjang berlangsung temasya berkenaan.

Mancha menambah semua anggotanya akan digerakkan mengikut keperluan di sembilan lokasi acara sukan pada SUKMA tanpa memerlukan bantuan tambahan anggota daripada luar Sarawak.

“Tambahan (Anggota Polis) tidak ada dan kita hanya akan gunakan sumber manusia yang ada di Sarawak sahaja iaitu melibatkan daerah dimana acara itu berlangsung di seluruh Sarawak dimana kita kumpulkan seterusnya kita jadikan pertugas semasa temasya tersebut berlangsung.

“Tambahan daripada lain-lain keperluan juga tidak ada, kita hanya gunakan anggota di Sarawak sahaja dan itu mencukupi bagi keperluan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, majlis menyaksikan Senior Asisten Komisner Awang Din Awang Ghani menyerahkan jawatan terbabit kepada Penolong Asisten Komisner Rizal Abdul Rahman Sidek sambil disaksikan oleh Mancha.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan