Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gelaran ‘Datuk’ diharap bakar semangat Azizulhasni

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Penganugerahan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk kepada Mohd Azizulhasni Awang diharap dapat membakar semangat atlet itu untuk terus mengharumkan nama negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi hantaran di laman Facebook hari ini turut mengucapkan tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara itu.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dato’ Mohd Azizulhasni Awang… Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi di Olimpik #Tokyo2020 ini,” katanya.

Mohd Azizulhasni, 33, yang juga juara dunia keirin 2017 adalah antara enam individu termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus yang dikurniakan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mohd Azizulhasni yang diletakkan sebagai prospek utama meraih pingat emas sulung Sukan Olimpik negara, bersama seorang lagi atlet berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dijadual mengambil bahagian dalam acara keirin dan pecut individu di Olimpik Tokyo bermula 4 Ogos ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan