Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

DUN Sarawak: Kebajikan warga daif di Song dijaga baik

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Mei: Kebajikan golongan miskin di Daerah Song terus dipelihara dan diberi perhatian oleh Kerajaan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini terbukti menerusi pelbagai bantuan yang disalurkan kepada golongan sasar berkenaan.

“Ini termasuk RM24.9 juta untuk 116 projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan RM1 juta untuk 129 projek di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak.

“Selain itu, sejumlah RM1.22 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan sosioekonomi di daerah Song di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) dan ini termasuk program keusahawanan, program pembangunan perikanan dalam negeri, latihan kemahiran dan program sokongan komuniti untuk isi rumah miskin di daerah Song,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, bantuan tersebut bersifat holistik dan inklusif yakni mereka yang layak tidak tercicir menerima bantuan di bawah inisiatif kerajaan.

Menurutnya, sejumlah RM27.12 juta turut disalurkan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan projek sosioekonomi di daerah tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan