Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

35 kenderaan cuba masuk arah Pantai Timur di Gerik diarah berpatah balik

ByYazid Ibrahim

IPOH, 18 Julai — Sebanyak 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki arah Pantai Timur tanpa sebab munasabah melalui dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik diarah berpatah balik hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata arahan berkenaan dikeluarkan kepada mereka yang sampai ke SJR di Km 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan Km 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli setakat pukul 4 petang tadi.

Beliau ketika dihubungi malam ini berkata 27 daripada kenderaan itu diarah berpatah balik kerana mengemukakan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tidak berkaitan.

Selain itu katanya selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula hari ini sehingga Rabu depan, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di SJR berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.

“Jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan