Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vandalisme atau kes kecurian komponen peralatan elektrik yang telah disediakan kerajaan merupakan antara punca terjadinya gangguan bekalan elektrik di Sarawak. Foto hiasan Envato

DUN Sarawak: Vandalisme antara punca gangguan bekalan elektrik di Sarawak

ByMarzella Sigai

KUCHING, 8 Mei: Vandalisme atau kes kecurian komponen peralatan elektrik yang telah disediakan kerajaan merupakan antara punca terjadinya gangguan bekalan elektrik di Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pihak kementeriannya akan mengambil tindakan yang lebih serius untuk menangani masalah tersebut, selain turut akan mengadakan jerayawara pada masa akan datang.

“Jadi kita ingin mengambil perhatian semua agar kita dapat memastikan bahawa kejadian vandalisme ini dapat kita tangani dengan sebaik mungkin.

“Antara punca lain yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik adalah peningkatan bebanan melebihi kapasiti alat ubah atau transformer serta kerosakan peranti bekalan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris mengenai faktor lain yang boleh menyebabkan terjadinya gangguan bekalan elektrik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Selain daripada itu, penyelesaian jangka masa panjang untuk mengatasi masalah gangguan bekalan elektrik di Simunjan, Julaihi berkata, kementeriannya telah mengemukakan cadangan untuk mendapatkan peruntukan bagi projek yang menggunakan talian pengagihan voltan sederhana berpenebat (Medium Voltage Covered Conductor – MVCC) dari Asajaya ke Simunjan sepanjang 45 kilometer.

“Sumber bekalan elektrik Simunjan juga daripada Pencawang Kota Samarahan telah dialihkan ke Pencawang Asajaya sekali gus telah memendekkan jarak talian tersebut dari 50 kilometer ke 42 kilometer,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan