Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Malaysia, Arif Aiman Mohd Hanapi (kanan) bersama meraikan jaringan bersama Mohamad Faisal Abdul Halim (kiri) pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia lawan Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Foto fail: Bernama.

PM doakan Faisal Halim segera sembuh dan kembali teruskan perjuangan bola sepak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.

“Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak,” menurut hantaran itu.

Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey, telah disimbah asid dalam insiden di sebuah pusat membeli-belah di Damansara pada Ahad lepas.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat insiden tersebut dan beliau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan