Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hobi Yang Mampu Janakan Pendapatan Lumayan

ByConnie Grace

KUCHING: Jika dahulu bekerja sebagai wartawan di sebuah organisasi media di Kuala Lumpur selama 12 tahun, Helen Ten, kini berkecimpung dengan hobi barunya iaitu menanam bunga Sukulen dan bunga kaktus.

Beliau ketika ditemui wartawan TVS, kebanyakkan peniaga di negeri ini mengeluh apabila pendapatan mereka terjejas dan terdapat dalam kalangan mereka terpaksa gulung tikar akibat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020.

Bagaiamanapun, beliau tidak menyangka bahawa hobinya itu mampu memberikan pulangan pendapatan yang lumayan hanya dengan menjual bunga Sukulen dan bunga kaktus.

“Pada mulanya saya hanya menjadikan bunga Sukulen dan kaktus ini sebagai hobi saya tapi saya tidak menyangka bahawa hobi saya ini memberi pulangan berganda kepada saya,” katanya ketika ditemui wartawan TVS di kedai.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, beliau mendapatkan ilham mengenai bunga sukulen ini ketika beliau berada di Taiwan suatu ketika dahulu dan menyimpan impian untuk menjadikan hobinya sebagai perniagaan.

Antara tarikan di kedainya ialah sukulen dan kaktus, tumbuhan ini menyimpan air di daunnya yang tebal dalam pelbagai bentuk dan cantik serta tahan dalam keadaan kering.

Apa yang menarik, selain sukulen, taman mini dalam balang kaca atau terrarium juga menjadi trend dalam kalangan rakyat yang boleh dijadikan sebagai hadiah, cenderamata pada musim sambutan hari jadi, hari ibu, hari guru dan hari kekasih.

Tambahnya lagi, menjaga bunga sukulen dan bunga kaktus ini tidak mencabar kerana bunga ini mampu bertahan di kawasan yang kering hanya disiram tiga kali dalam seminggu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan