Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella  ketika menghadiri National AI Leadership Forum hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Pelaburan tambahan Microsoft US$2.2 bilion, pelaburan terbesar syarikat itu di Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Pelaburan tambahan oleh Microsoft berjumlah US$2.2 bilion (RM10.5 bilion) di negara ini dalam tempoh empat tahun akan datang adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh syarikat itu selepas bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan ini selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus kerajaan dalam membangunkan kapasiti kecerdasan buatan (AI) dalam negara.

“Pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan serta AI, pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia.

“Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi negara yang kukuh, dasar yang jelas dan terarah, selain mesra pelabur dan kestabilan politik,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella dan delegasi di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri berkata beliau dan Satya kemudiannya menghadiri National AI Leadership Forum.

“Kami sempat berdialog terkait perkara yang menyentuh hal teknologi yakni AI dan perancangan kerajaan untuk mempersiapkan negara dengan arus perubahan ini.

“Semoga kerjasama Malaysia dan Microsoft ini dapat membawa manfaat yang cukup besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan