KUCHING, 1 Mei: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membatalkan sebanyak 21 penerbangan antara Sarawak dengan Kuala Lumpur, Sabah dan Johor serta penerbangan antarabangsa ke Singapura, susulan letusan semula Gunung Ruang Indonesia, pada Selasa.
Capital A Berhad dalam satu kenyataan mendedahkan, antara penerbangan yang terjejas ialah AK5202 (Kuala Lumpur-Kuching), AK5203 (Kuching-Kuala Lumpur), AK5414 (Johor Bahru-Kuching) DAN AK1775 (Kuching-Singapura).
Syarikat itu berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pelanggan yang terjejas dan menawarkan bantuan untuk membuat pengaturan penerbangan alternatif.
“Tetamu AirAsia yang pergi ke/dari destinasi ini hari ini juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus,” menurut kenyataan hari ini.
Capital A memaklumkan pelanggan yang dalam perjalanan ke atau dari destinasi terlibat digalakkan untuk menyemak emel dan pesanan ringkas untuk pemberitahuan pembatalan tersebut.
Terdahulu, METMalaysia dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran cuaca penerbangan kepada operator penerbangan berikutan debu gunung berapi yang terbentuk boleh membawa risiko kepada keselamatan pesawat. -TVS
Senarai penerbangan AirAsia yang terjejas:
• AK5202 (KUL-KCH)
• AK5203 (KCH-KUL)
• AK5876 (KUL-SBW)
• AK5877 (SBW-KUL)
• AK5204 (KUL-KCH)
• AK5246 (KUL-BTU)
• AK5247 (BTU-KUL)
• AK5205 (KCH-KUL)
• AK5232 (KUL-KCH)
• AK6190 (KCH-MYY)
• AK6191 (MYY-KCH)
• AK6056 (KCH-BTU)
• AK6057 (BTU-KCH)
• AK5414 (JHB-KCH)
• AK1775 (KCH-SIN)
• AK1776 (SIN-KCH)
• AK6351 (BKI-KCH)
• AK6340 (BKI-BTU)
• AK6341 (BTU-BKI)
• AK6463 (SIBU-KCH)
• AK6181 (MYY-KCH)
Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!