Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

CMVT Terus Komited Laksana Program Imunisasi COVID-19 Di Kawasan Pedalaman Sarawak

SIBU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited menggerakkan ‘Combat Medic Vaccination Team’ (CMVT) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan Pasai Siong, Sibu.

Program vaksinasi pada hari ketiga CMVT kali ini terbahagi kepada dua Team iaitu Team A melakukan pemberian vaksin kepada 53 orang penduduk dari Rumah Iboh dan Rumah Peter.

Sementara itu, Team B melibatkan 99 orang penerima vaksin dari Rumah Doris dan Rumah Marican.

Setakat Khamis, seramai 1,131 orang penduduk dari 43 buah rumah panjang termasuk pekerja ladang sawit di kawasan Pasai Siong telah menerima suntikan vaksin dos pertama.

Dalam pada itu, beberapa penerima vaksin ketika ditemui bersyukur dan merakamkan penghargaan atas usaha kerajaan Sarawak menjayakan program vaksinasi di kawasan luar bandar. – EDISI UKAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan