Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kedai kek lapis Sarawak dibuka di London

ByOdleen Catherny

WATFORD, 16 Julai: Mereka yang lalu lalang di kawasan Watford, London tentu kehairanan melihat sebuah kedai yang menjual kek warna-warni dan berlapis-lapis terutamanya yang tidak mengenali kek lapis Sarawak.

Kerana terlalu gemarkan kek lapis Sarawak dan mahu memperkenalkannya kepada penduduk di Britain, Dr Laurence John, membuka kedai yang diberi nama J’s Layer Cake di sana.

Sebelum ini, beliau bersama isteri, Munica Liwan yang berasal dari Sarawak telah lama mempromosikan produk-produk tradisional Sarawak dan Sabah di Borneo Street Kuala Lumpur.

“Bagi kami, kek lapis Sarawak bukan setakat kek biasa kerana ia juga sebenarnya simbolik yang memaparkan bangsa dan warna-warni pelbagai etnik menerusi lapisan dan warna-warni kek ini.

“Kebiasaannya kek lapis ditemui di 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan India. Kami menggabungkan konsep-konsep membakar kek lapis ini dari ketiga-tiga buah negara ini dan membangunkan versi baru di UK, dijenamakan sebagai J’s Layer Cake UK, “ katanya ketika dihubungi TVS.

Visinya tidak hanya terhad kepada menjual kek lapis tetapi untuk menyatukan setiap individu tanpa mengira bangsa dan etnik sekaligus dalam memepersiapkan serta melatih diri menghadapi cabaran bersama demi masa depan yang lebih baik.

Tidak hanya memfokuskan kepada perniagaan yang mendatangkan keuntungan semata-mata, beliau juga menyediakan sebuah program pendidikan untuk mereka yang berminat dengan misi membolehkan pembukaan J’s Layer Cake di seluruh Asia.

“Pelajar akan menjalani Program Profesional UK dalam Pengajian Perniagaan selama dua tahun. Di samping kelas teori, pelajar akan diberikan latihan sebagai usahawan,” katanya.

Jelasnya selepas tamat pengajian, setiap pelajar akan membuka kedai kek yang serupa di seluruh Asia.

“Program ini bukan sahaja memfokuskan pendidikan pelajar malah turut menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar ini. Ia hampir sama dengan konsep francais tetapi di bawah konsep ini, perniagaan 100% dimiliki oleh setiap individu dan diuruskan dengan SOP standard,” jelasnya lagi.

J’s Layer Cake terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar London.

Harapan beliau agar kek lapis dapat menjadi landasan yang baik untuk mempromosikan Sarawak di peringkat antarabangsa dan memupuk semangat keusahawan dalam kalangan generasi muda.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan