Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allesia Felice Haslie menatap gambar ibunya, mendiang Joanna Felicia Rohna di kediaman mereka, Kampung Engkaroh, Tebakang, hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Panggilan ‘mummy…mummy…mummy’ tambah sayu upacara pengebumian mendiang Joanna

ByFebbright James

KUCHING, 25 April: “Mummy…mummy…mummy,” itu ungkapan Allesia Felice Haslie apabila keranda ibunya, mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna diusung untuk dikebumikan.

Suara anak sulung mendiang berumur empat tahun itu menambahkan lagi suasana pilu dan sayu di rumah di Kampung Engkaroh, Tebakang.

Allesia yang didukung bapanya Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33, turut kelihatan berulang kali melambai ke arah keranda ketika anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memasukkannya ke dalam van jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh.

Semasa acara pengebumian, gerak-geri Allesia terus mengundang sebak dan beberapa kali bapanya memeluk dan seakan-akan menjelaskan sesuatu kepadanya.

Anak bongsu mendiang, Hovannes yang berusia setahun ketika didukung oleh neneknya hanya diam memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot memaklumkan kebajikan dua anak-anak ini akan terus diberi perhatian dan dijaga sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sebagai Ahli Parlimen Serian, sudah tentu kami akan memastikan kebajikan dua anak ini terus dijaga. Kita ada General Officer Commanding (GOC) yang akan menguruskan ini dengan kementerian. Kebajikan anak-anak kita tidak usah risau kerana kerajaan komited menjaganya.” katanya.

Joanna merupakan salah seorang daripada 10 orang mangsa melibatkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Rabu.

Jasad mendiang selamat dikebumikan di kampung suaminya di Tanah Perkuburan Kristian Engkaroh pada 11.20 pagi, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan