Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama Penolong Pegawai Perubatan pada Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Sarawak di Miri, hari ini. Foto TVS

Kaji sistem perkhidmatan beri peluang Penolong Pegawai Perubatan lanjut pelajaran jadi doktor

MIRI, 24 April: Kementerian Kesihatan disyorkan mengkaji bagi mewujudkan sistem perkhidmatan yang memberi peluang kepada Penolong Pegawai Perubatan untuk melanjutkan pelajaran menjadi seorang pegawai perubatan (doktor).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang mencadangkan demikian, berkata peluang wajar diberikan kepada yang layak dan berpotensi.

“Peranan Penolong Pegawai Perubatan amat penting kerana khidmat mereka amat diperlukan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dapat diberikan kepada masyarakat.

“Tenaga kerja seperti ini amatlah diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan negara sentiasa memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan pada Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Sarawak 2024 yang dibacakan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, peranan PPP juga amat diperlukan dalam perkhidmatan rawatan hospital dan klinik selain penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat serta dalam situasi perubatan kritikal melanda negara.

Hari Pembantu Perubatan diraikan bagi menghargai jasa serta perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan