Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut selesai pada 2.20 petang hari ini. Foto JBPM

Tragedi helikopter: Bedah siasat 10 mangsa selesai 2.20 petang – TLDM

ByBernama

LUMUT, 24 April: Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh telah selesai pada 2.20 petang hari ini.

Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.

Selain itu, jasad mendiang Lt T. Sivasutan akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan sebelum disemadikan esok (25 April) manakala jasad mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia Rohna akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Serian, Sarawak untuk disemadikan.

Kenyataan itu memaklumkan pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian itu.

“TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris.

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan