Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program MM2H di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Foto Ahmad Zahid Hamidi (Twitter)

Penambahbaikan kriteria, syarat baharu MM2H dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri

ByAmirah Shawel

KUCHING, 22 April: Cadangan penambahbaikan kriteria dan syarat baharu bagi program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan di X memaklumkan perkara itu akan dibentang dalam mesyuarat itu nanti bagi mendapatkan kelulusan.

“Hasil mesyuarat hari ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang untuk dibentangkan serta mendapat kelulusan dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program MM2H di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program MM2H adalah tindakan susulan hasil mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Perlancongan dan Kebudayaan, Bilangan 2/2024 yang memfokuskan kepada cadangan penambahbaikan kriteria dan syarat baharu MM2H.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.

Pada Sabtu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta King Sing untuk menyelesaikan isu membabitkan lesen syarikat pengendali program Sarawak Malaysia My Second Home (SMM2H).

Abdul Karim berkata, beberapa syarikat yang mengendalikan program SMM2H telah menerima deposit daripada pemohon namun berdepan masalah untuk menguruskan permohonan tersebut selepas lesen mereka tidak diperbaharui MOTAC dan jumlah syarikat terbabit bertambah mengikut tarikh tamat tempoh lesen pengendalian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan