Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cheah Liek Hou menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol 2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, semalam. Foto Cheah Liek Hou (FB)

Liek Hou gondol dua emas di Sepanyol

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 April: Jaguh badminton perseorangan para negara Cheah Liek Hou terus mencipta sensasi apabila menggondol dua pingat emas di Kejohanan Para Antarabangsa Sepanyol  2024 Tahap 2 di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, semalam.

Kecemerlangan pemain berusia 36 tahun itu bermula apabila merangkul emas perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) selepas menewaskan Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-13, 21-8 pada perlawanan final, demikian menurut lawan https://bwfpara.tournamentsoftware.com/.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu kemudian menambah kilauan emas selepas bergandingan dengan Muhammad Fareez Anuar pada final beregu lelaki SU5 dengan mengatasi pasangan dari India, Rajkumar-Chirag Baretha 21-16, 21-19 dalam tempoh 29 minit.

“Kami akan bertolak ke Toledo selepas ini untuk ke Kejohanan Tahap 1 seterusnya di Sepanyol juga. Saya cuma berharap saya dan rakan sepasukan akan berjuang habis-habisan di Toledo minggu depan demi negara.

“Terima kasih banyak kepada semua yang telah menyokong saya terutamanya penaja yang sering percaya kepada saya akan cemerlang di pertandingan,” kata juara dunia 2024 itu dalam hantaran di Facebooknya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan