Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isu kesesakan lalu lintas akibat kerja-kerja naik taraf di jalan raya Kota Samarahan Expressway- Kuching akan selesai tidak lama lagi. Foto TVS

Isu kesesakan di Kota Samarahan selesai tidak lama lagi – Rubiah

ByAkma Salleh

KOTA SAMARAHAN, 21 April: Isu kesesakan lalu lintas yang membelenggu pengguna akibat kerja-kerja naik taraf di jalan raya Kota Samarahan Expressway – Kuching akan selesai tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, dengan pembukaan laluan alternatif sementara dapat mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

“Isu kesesakan itu masih berlaku, sebab itu pihak kerajaan telah merangka dua alternatif iaitu satu jalan di Stakan dari Jalan Datuk Mohd Musa terus ke Kota Sentosa dan satu lagi melalui jalan pesisir sepanjang 200 kilometer (km) yang dijangka siap tahun hadapan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka DUN Stakan yang dianjurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah  berkata, perkara tersebut tidak melibatkan sebarang isu bajet, sebaliknya hanya mengalami masalah teknikal dan pelaksanaan.

“Projek yang kita jangka siap cepat ini disebabkan masalah teknikal atau masalah tertentu. Seperti jalan ini ia sepatutnya sudah siap tahun ini tetapi disebabkan isu kontraktor dan sebagainya kita telah tender semula projek ini dan dijangka siap tahun depan.

“Tidak ada isu melibatkan bajet, cuma masalah teknikal sahaja. Insya-Allah kalau dua-dua jalan ini kita dapat siapkan dalam tempoh yang ditetapkan masalah laluan Samarahan ke Kuching ini dapat kita selesaikan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan