MIRI, Julai 15: Seorang lelaki berusia 31 tahun terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah kediamannya Jalan Bakam, Taman Strawberry Park di Miri.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri , Mohammed Surantona Tonamli memaklumkan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.58 malam sebelum menggerakkan beberapa anggota BBP Miri yang diketuai oleh PBK II Abg Muhd Fhazil ke lokasi.
Selain itu, operasi tersebut turut disertai beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dimana terdapat tujuh anggota terlibat.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis Semi Detached 2 tingkat jenis berstruktur kekal telah terbakar di tingkat bawah bangunan.
“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 30%. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan,” katanya.
Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 1.15 pagi.