Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Noorazah Awang Sohor berucap di Majlis Berambeh Gong Xi Raya Tahun 2024 di Tebingan Sri Aman hari ini. Foto TVS

Projek Pembesaran Tebingan Sri Aman bernilai RM272 juta diluluskan

SRI AMAN, 21 April: Kerajaan Sarawak telah meluluskan Projek Pembesaran Tebingan Sri Aman bernilai RM272 juta melibatkan tebingan Kampung Lemanak dan Kampung Ladong yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek itu dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Saya ingin berkongsi berita gembira mengenai satu projek yang bakal dilaksanakan di kawasan tebingan Kampung Lemanak dan Kampung Ladong iaitu Projek Pembesaran Tebingan Sri Aman,” katanya ketika berucap di Majlis Berambeh Gong Xi Raya Tahun 2024 di Tebingan Sri Aman di sini, hari ini.

Katanya, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana telah meluluskan peruntukan yang cukup besar dan merealisasikan salah satu aspirasi rakyat di Sri Aman.

“Projek ini merupakan salah satu yang ditunggu-tunggu masyarakat di kawasan ini kerana ia akan memberi perubahan serta impak yang tinggi kepada masyarakat di Sri Aman terutamanya dalam sektor ekonomi dan pelancongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan