Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Singapura rasmi pembukaan ladang solar terapung terbesar dunia

ladang solar terapung

Mempunyai keluasan 45 hektar bersamaan 45 padang bola sepak, ladang solar PV itu mampu menjana sehingga enam juta kiloWat-jam tenaga menerusi 122,000 panel suria.

Pada 10 Februari 2020, Agensi Air Kebangsaan Singapura PUB telah melantik Sembcorp Industries untuk merangka, membina, dan mengendali projek itu. 

“Melalui ladang solar terapung ini, satu lagi langkah ke hadapan PUB demi mencapai kelestarian tenaga dalam rawatan air. Sumber tenaga solar yang banyak, bersih dan hijau menjadi keutamaan PUB dan Singapura untuk  mengurangkan pelepasan karbon dioksida,” kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee, dalam satu kenyataan.

Tenaga elektrik dihasilkan ladang solar tersebut mencukupi bagi menggerakkan lima loji rawatan air tempatan, mengimbangi keperluan tenaga tahunan PUB sekitar 7.0 peratus dan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida.

Ia bersamaan dengan bekalan tenaga untuk 16,000 flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan mengurangkan pelepasan karbon sekitar 32 kiloton setiap tahun, sama seperti mengurangkan 7,000 kereta di jalan raya. 

“Sembcorp Tengeh Floating Solar Farm umpama permata dalam portfolio kami. Sebagai perintis kepada sistem tenaga boleh baharu tempatan, Sembcorp mempunyai lebih 3,300 megawatt aset tenaga boleh baharu di seluruh dunia.

“Kami komited dan mempunyai rekod prestasi dan kompetensi, untuk menyokong Rancangan Hijau Singapura,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sembcorp Industries Wong Kim Yin.

Pembinaan sistem PV solar terapung itu bermula Ogos 2020.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan