Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung berapi Gunung Ruang yang terletak di wilayah Sitaro, Sulawesi Utara meletus pada Rabu (18 April). Foto AFP

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas

ByBernama

KUCHING, 20 April: Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berkata pihaknya sedang memantau rapat perkembangan terkini situasi itu melalui lima Stesen Pemantauan Kualiti Udara (AQMS) di Lundu, Tebedu, Lubok Antu, Bario dan Lawas.

Letusan Gunung Ruang: Penutupan ruang udara Sulawesi Utara dilanjutkan

“Berdasarkan bacaan yang diperoleh daripada AQMS sejak 17 April lepas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada dalam kategori sihat (0-50) hingga sederhana (51-100).

“Selain itu, bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menunjukkan IPU di kebanyakan kawasan di Sarawak berada dalam kategori sihat hingga sederhana dan tiada bacaan tidak sihat direkodkan,” menurut NREB dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan di Sarawak ketika ini berpunca daripada permulaan fasa peralihan monsun dan fenomena El Nino.

Letusan Gunung Ruang: Penutupan ruang udara Sulawesi Utara dilanjutkan

Menurut kenyataan itu, ketika fenomena El Nino Malaysia serta kawasan lain di Asia Tenggara cenderung mengalami kemarau yang berpanjangan.

“Berdasarkan laporan pemantauan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan El Nino dijangka berlarutan hingga Jun 2024. Justeru, letusan gunung berapi Gunung Ruang tidak menyumbang kepada cuaca panas yang sedang melanda ketika ini,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan