KUALA LUMPUR: Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 400,000 selama dua hari berturut-turut dengan 424,541 dos suntikan diberikan setakat Selasa.
Menerusi kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada ciapan di Twitternya, Sarawak adalah negeri negeri tertinggi bagi pemberian vaksin dos kedua dengan 52,551.
“Diikuti Selangor (25, 696), Kuala Lumpur (23,707), Sabah (9,864), Pulau Pinang (7,195), Pahang (7,038),” Katanya.
Dalam pada itu, kata Dr Adham lagi, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di negara ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan pada 24 Februari lepas adalah sebanyak 12, 212, 730 dos.
Manakala, pada semalam sebanyak 260,286 adalah dos pertama manakala 164, 255 adalah dos kedua.