Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sindiket judi kaut lebih RM4 juta tumpas lepas sembilan bulan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 14 Julai: Walaupun baru beroperasi sejak sembilan bulan lalu, satu sindiket judi di sini “berjaya” mengaut keuntungan lebih RM4 juta.

Akan tetapi “kejayaan” itu tidak dapat bertahan lama apabila sindiket atas talian itu telah ditumpaskan oleh pihak polis dalam serbuan di sini semalam.

Sindiket yang berpangkalan dari dua unit kondominium di Jalan Ming Chung,Kuching itu mengiklankan promosi melalui WhatsApp, Telegram, WeChat dan Facebook.

“Dalam serbuan pertama, pihak polis telah berjaya menangkap tujuh orang suspek yang terdiri daripada lima orang lelaki dan dua orang wanita warganegara asing,” kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam sidang media pagi ini.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini telah beroperasi sejak sembilan bulan yang lepas dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM4.05 juta,” tambahnya lagi.

Ahsmond (tengah) menunjukkan barangan rampasan semasa serbuan yang termasuk enam unit monitor komputer dan unit pemprosesan komputer (CPU), 21 buah telefon bimbit, modem serta router.

Sementara itu, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing juga telah ditahan dalam serbuan kedua di tingkat yang sama.

Pusat judi berkenaan baru beroperasi sejak tiga bulan yang lepas. Saspek berusia dalam lingkungan 17 hingga 23 tahun.

Ahsmond juga memaklumkan bahawa dua daripada tiga saspek yang terjun dari tingkat dua dalam cubaan untuk melarikan diri dari serbuan berkenaan telah berjaya ditangkap manakala satu lagi sedang diburu polis.

Turut dirampas semasa serbuan termasuk enam unit monitor komputer dan unit pemprosesan komputer (CPU), 21 buah telefon bimbit, modem serta router.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Immigressen dan Seksyen 51(5)(b) Akta Immigresen 1959/63.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga telah berjaya menangkap dua saspek yang dipercayai penganjur bagi sindiket perjudian tersebut.

Saspek penganjur dipercayai lelaki warga tempatan dan wanita warga tempatan berusia 38 tahun di Sibu.

Tambah Ahsmond, pihak polis juga sedang mencari dua saksi yang dikehendaki bagi tujuan siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan