Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Sarawak mengeluarkan 8,804 saman kepada pesalah trafik menerusiĀ Op Selamat 22/2024 sempena Aidilfitri ini. Foto fail PDRM

Op Selamat: Saman meningkat susulan penguatkuasaan ‘total enforcement’

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 16 April: Polis Sarawak mengeluarkan 8,804 saman kepada pesalah trafik menerusiĀ Op Selamat 22/2024 sempena Aidilfitri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 491 peratus dengan 7,316 saman berbanding Op Selamat tahun lalu.

“Peningkatan pengeluaran saman bagi Op Selamat 22/2024 kali ini adalah kerana PDRM telah melaksanakan penguatkuasaan secara Total Enforcement dan penguatkuasaan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

ā€œNamun demikian, tumpuan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya dalam kelancaran lalulintas juga tetap dilaksanakan,ā€ katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhannya, Op Selamat 22/2024 PDRM Kontinjen Sarawak telah berjaya merangka strategi merangkumi Op Lancar dan Omnipressense, Show of Force, Enforcement by Objective.

Strategi itu turut merangkumi advokasi nilai murni dalam memastikan respon penyuraian aliran trafik dijalankan selain memantau tren lalulintas di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut.

“PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas serta menyeru semua pengguna jalanraya supaya sama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga pada jalan raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan