Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini. Foto Lawrence Wong (FB)

Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura

ByBernama

SINGAPURA, 15 Apri: Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.

Wong, 51, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Singapura berkata dalam satu mesej video berikutan pengumuman tarikh penyerahan tampuk kepimpinan negara itu bahawa beliau ingin mendapatkan kepercayaan dan sokongan rakyat Singapura untuk membina bab seterusnya   dalam kisah Singapura yang rakyatnya bersatu padu tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.

PM Lee akan serahkan tampuk kepimpinan Singapura kepada Wong pada 15 Mei

“Saya menerima tanggungjawab ini dengan rasa rendah hati dan rasa kewajiban yang mendalam. Saya meminta setiap orang daripada kamu untuk menyertai saya dalam perjalanan ini. Kongsi idea, nyala rasa dan impian anda. Bekerja bersama saya dan pasukan saya. Bersama-sama kita boleh membina masa hadapan yang bersinar terang untuk semua rakyat Singapura,” katanya.

Wong akan mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Lee Hsien Loong pada 15 Mei.

Perdana Menteri yang baharu akan mengangkat sumpah  pada pukul 8 malam 15 Mei di Istana.

Wong yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata beliau tidak pernah menduga untuk berkhidmat sebagai perdana menteri negara ini sewaktu kali pertama beliau dipelawa untuk menyertai politik pada 2011.

“Saya bersetuju kerana saya ingin menyumbang kepada kisah Singapura,” katanya.

Wong merupakan seorang penjawat awam sebelum menceburi politik dan merupakan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA).

Ahli Parlimen (MP) Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC)  Marsiling-Yew Tee itu dilantik pertama kali sebagai  MP pada Mei 2011.

Wong telah memegang jawatan di pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Kementerian Pembangunan Nasional  dan Kementerian Pendidikan

Beliau juga mempengerusikan bersama Pasukan Petugas Pelbagai-Kementerian bagi COVID-19 dari 2020 hingga 2023, yang memantau respons Kerajaan Singapura terhadap pandemik itu.

Wong berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Ekonomi daripada University of Wisconsin-Madison dan the University of Michigan-Ann Arbor, selain memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam daripada  Harvard Kennedy School, Amerika Syarikat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan